Tuesday, June 30, 2009

WAHAI YB-YBKU

Wahai YB-YBku
PRU12 telah berlalu
Tapi kenapa masih terbelenggu
dengan polemik dan pelbagai isu

Atur segera jejak-langkahmu
Jangan dibuai oleh orang kelilingmu
Rakyat bawahan sentiasa memerhatimu
Cukuplah retorik politik tak menentu!

Wahai YB-YBku
Rakyat kini bukannya lembu
Ditarik hidung sesuka hatimu
Ikhlas berkhidmat menjadi penentu

Resah rakyat perlu diambil tahu
Jangan cuba bermain waktu
Kelak jawatan yang dipangku
Hilang bersama diangin lalu

Wahai YB-YBku
Wahai pimpinan partiku
Pengorbanan ahli jangan kau ragu
Hanya yang dipinta.. kembalilah bersatu!

No comments: