Monday, November 24, 2008

WE LOVE YOU ADIK-ADIK INPENS!

Pagi ni saya bangun dalam perasaan yang syahdu. Badan merasa amat penat namun masih mampu tersenyum puas. For the last 3 weekends saya dan crew DTR berpeluang untuk bertemu, berkongsi pengalaman dan mencurahkan kasih sayang bersama adik-adik INPENS di Kuala Selangor.
Pengalaman yang hebat! Kepada adik-adik INPENS...we love you so much,belajar rajin-rajin and make your parents proud. Kami abang-abang/kakak-kakak/pakcik(hehe..sorang saje) sebenarnya telah banyak belajar daripada u all apa erti persahabatan,apa erti keikhlasan dan apa erti kehidupan. INPENS ROCKS!

Dibawah ini izinkan saya berkongsi 3 sms yang dihantar oleh peserta(lelaki) program kepada trainer DTR malam semalam. Kenapa saya boldkan perkataan lelaki diatas kerana bukannya mudah untuk remaja lelaki berkongsi dan meluahkan rasa hati mereka apatah lagi kepada orang yang baru dikenali (within 1 1/2 days).

1)Insyaallah sy akn jage kedua ibu bapa sy dgn sebaik mukn. Kalu k.mas nk tahu tadi petng sy jumpe ibu dgn ayah.Kesihatn ibu makn baik.Dn sy b'azam akn bina hdp baru dn akn lupe kish lama...

2)Sy mendpt maaf kn ayah sy yg sy syg. Dn hati sy amt rasa tenang sekali

3)Owh.sory ggu..da alhamdulillah ari nie cukup 5 waktu(solat)...


Allahuakbar! I guess untuk mendapat trust(kepercayaan) dari golongan anak muda, kita perlu terlebih dahulu menghormati mereka, melayani mereka secara terbaik serta mencurahkan kasih-sayang yang melimpah!
Semoga Allah swt memberikan seluruh kekuatan kepada crew DTR untuk meneruskan misi membina lebih banyak pasukan impian(dream team) yang terdiri daripada individu-individu yang bukan sahaja berjaya mencapai impian yang dicita tetapi dalam masa yang sama dapat mengaplikasikan akhlak dan keperibadian terulung Rasullullah s.a.w di tengah-tengah gelanggang masyarakat. Ameen..

No comments: