Saturday, June 13, 2009

ANTARA TGHH DAN TGNA (1)

I've always stayed away from giving comments about politics in this blog. Lagipun terlalu banyak blog-blog politik yang boleh dilawati untuk mendapat maklumat, pandangan dan berita sensasi. Apatah lagi setelah hampir 15 tahun terlibat secara langsung dalam politik, dan khususnya mengikuti secara dekat how my other half (zaujah) menyerahkan segala-galanya (heart & soul) for jemaah (itupun masih ada suara-suara sumbang yang mempersoal keikhlasannya)..i feel that i need to look at life (memerhati kehidupan) melalui lensa yang lebih luas..politics is not everything, dakwah is! Dengan kemelut terkini yang sedang melanda PAS , hati ini menjadi amat sayu. Mana mungkin kita memilih diantara dua tokoh i.e TGHH dan TGNA yang hebat ini. Ketegasan TGHH menyemarakkan semangat jihad sementara kelembutan TGNA menyerlahkan keindahan Islam itu sendiri.

Bagi saya, kita sebagai ahli biasa janganlah terjebak dengan polemik ini sehingga memperkecilkan ataupun memandang rendah terhadap personaliti yang kita tidak setuju. Sebaliknya kita harus melihat perbezaan pandangan kedua-dua Tok Guru ini merupakan perbezaan pendekatan atau strategi dalam menangani senario politik di Malaysia yang sedang memasuki satu dimensi yang baru. Janganlah kerana kita dalam kem tertentu kita memandang rendah, memfitnah ataupun memboikot kem yang satu lagi (malas dah nak sebut kem erdogan atau fraksi umno).

Cuma yang saya ingin sarankan kepada kawan-kawan, janganlah mudah termakan dengan cerita-cerita yang kita dengar daripada sesiapa pun hatta daripada pimpinan di peringkat mana sekalipun. Sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan, pengesahan atau cerita yang sebenar, dapatkan daripada sumber secara terus(direct from the source). Let us become ahli-ahli grassroot yang bijak, matang dan tidak menjadi seperti lembu ditarik hidung hanya untuk kepentingan mana-mana pihak. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Saya percaya kem Erdogan mahupun kem Fraksi Umno ada kesalahan dan kelemahan masing-masing tapi mana mungkin kita menolak habis sumbangan dan kekuatan mereka.

Mana mungkin kita memilih diantara TGHH dan TGNA!

2 comments:

dhuat79 said...

Saya mempunyai kecenderungan yang tersendiri tetapi tidaklah menafikan serta memperlekehkan yang satu lagi...Favourism at most!

Apa pun keputusan telah dibuat, biarpun kita mempunyai kecenderungan tersendiri, kita kena terima dan redha sahajalah,
kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh ALLAH menerusi pengundian yang tulus ikhlas.

Kedua-dua golongan ini saling lengkap melengkapi.

Situasi sekarang adalah kedua-duanya bersama dan yang terpilih menerajui, tetapi tidaklah mengabaikan golongan yang satu lagi.

Anonymous said...

EMMM...