Sunday, June 21, 2009

TERIMAKASIH ADIK-ADIK NISA!

Allah swt telah merencanakan saya berpeluang bertemu dan mengenali dengan sekumpulan anak-anak muda yang banyak meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup saya. Sepanjang tempoh 4 tahun bersama mereka saya amat terpesona dengan kesungguhan, kesabaran dan kesediaan mereka menghabiskan tenaga, masa dan wang ringgit demi cinta mereka kepada Agama. Sebagai anak muda yang baru hendak membina kerjaya, yang sedang bergelut menyesuaikan diri dengan peranan sebagai isteri apatah lagi peranan sebagai ibu, pengorbanan mereka bukanlah calang-calang. Mungkin ada pihak yang beranggapan sumbangan mereka ini belum memadai, mereka perlu terjun dalam kerja-kerja jemaah secara lebih serius di peringkat akar umbi..Bagi saya bagi wanita muda yang sudah bersedia untuk berjihad sedemikian rupa , silakan membuka langkah di gelanggang, tetapi dalam masa yang sama jangan kita menidakkan keperluan mereka yang amat kepingin untuk memberi sumbangan tenaga walaupun sedikit dicelah-celah kekangan yang harus mereka harungi di peringkat-peringkat tertentu dalam kehidupan sebagai seorang wanita.

Saya dan isteri menganggap adik-adik ini seperti anak kami sendiri, malah kadangkala melayan mereka lebih dari anak kami sendiri kerana kami percaya mereka adalah srikandi-srikandi yang sedang meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w yang perlu dibantu, dilindungi dan diberi sokongan.

Disepanjang perjalanan yang penuh kenangan itu, sememangnya terdapat pelbagai kisah dan pencapaian yang begitu manis yang tidak mungkin orang lain dapat memahaminya.
Terimakasih adik-adik semua, tidak mungkin saya dapat melupakan memori suka duka, ketawa riang, menangis hiba dan pelbagai lagi. Paling tidak dapat dilupakan nada sebak pengacara ketika berucap di penutup NIG 09, juga apabila panatia program menangis berpelukan dibelakang pentas setelah tamat program. Saya juga merasa kerdil apabila melihat betapa bersungguh dan sabarnya semua mereka yang terlibat dalam program-program sebelumnya seperti Rebranding, Nisa Games 07, Konvensyen Gen3, Small Kindness, TeamBuilding etc...

Teruskan perjuangan adik-adik semua..jadilah pejuang Islam yang berakhlak mulia, berkasih-sayang, merendah diri, saling menghormati dan jangan merendahkan orang lain. Pedulikan mereka yang kononnya berjuang tetapi masih mempunyai hati yang sakit, beragenda dan taqsub dengan diri sendiri.

To each and everyone of you... a big THANK YOU from me!

4 comments:

Muna 'Izzah Fadzil said...

Salam Abang Bad yang sangat Muna dan ahli keluarga Nisa hormati dan disayangi.

Betapa besarnya erti entry abang bad kali ni buat kami semua tenaga nisa sesi 2005-2009 bersama isterimu kak mas.

Airmata muna tunggu untuk mengalir lebih deras sekiranya muna terus ingtkan knangan suka duka bersama,,Allaaahu Akbaar..... *sigh*

Tak cukup ucapan terima kasih untuk abang bad sekeluarga, kami tambahkan dengan doa hingga ke syurga sana.

Kami sayang abang bad, kak mas, dan anak2 serta ahli keluarga kalian yang lain yang byk menyokong apa yang kita lakukan.

Biarpun bukan dalam Nisa lagi, tapi kita akan meneruskan perjuangan kita yang lain yang mungkin lagi menguji kesabaran dan ketabahan kita.

Terima kasih atas kesabaran melayan kerenah kami,,,;(

Lots of luv 4 both of u
'anak2mu'

dhuat79 said...

Macam 'farewell' jer bunyinya?
Did i miss something?

btw, dakwah forever!

Takbir!

Najibah Mustaffa said...

Abang Bad.

I'm touched! entah, tak tahu nak describe camne perasaan baca blog abang bad.

Apapun,
Pengorbanan abg bad n kak mas serta family sgt besar. tanpa u all yg berkorban perasaan, duit, tenaga etc utk FAHAMkan kami erti perjuangan, kami tentu masih leka...

juga kami terhutang budi pada anak2 kak mas n abg bad - hajar, nurul, farah, harith yg 'meminjamkan' ibu bapa mereka utk kami tumpang berguru, cari pengalaman.....

jazakumullahu khairal jaza'...

Cantiknyapurple said...

Sampaikan salam sayang & rindu saya untuk kak mas...

Walaupun belum pernah berjumpa atau berkenalan dengan Abg Bad, saya sangat berbangga dgn kewujudan seorang lelaki bernama suami seperti abang Bad yang memiliki isteri yang sangat hebat di mata & hati kami, adik-adik Nisa'...

To kak muna & najibah, semoga ALLAH beri kita kekuatan utk terus melakukan apa yang telah kita mulakan.biarpun bukan dari dalam,izinkan kami untuk terus berjalan di sisi kalian.

To kak mas...I'm gonna miss u much!!

:'(